Friday, July 20, 2007




Manusia selalu mentafsirkan rezeki sebagai harta kekayaan atau keuntungan atau gaji dari hasil sesuatu pekerjaan. Pada hakikatnya pengertian rezeki lebih luas ia itu segala keperluan hidup seperti keamanan, kebahagiaan, ketenangan, perlindungan, keamanan, ilmu, sifat-sifat terpuji saperti ikhlas, reda, syukur, tawadhu, khusu' dalam sembahyang dan sebagainya.Secara umumnya rezeki adalah segala pemberian atau nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya.

Mengenai rezeki yang berupa harta kekayaan, ada orang mendapat rezeki yang berkat ada juga yang membawa celaka. Untuk mendapat keberkatan rezeki tersebut semestinya diperolehi dengan cara-cara yang halal dan ditambah dengan rasa kesyukuran, sementara rezeki yang tidak berkat diperolehi dengan cara yang tidak dibenarkan syara' dan diiringi dengan tamak haloba dan sangat mementingkan kebendaan sehingga lupa kewajiban dan tuntutan syara'. Rezeki yang berkat akan menambahkan kedamaian, memperkukuhkan keimanan dan membentuk akhlak dan peribadi yang terpuji, memberikan kepuasan,memberikan kesihatan mental fizikal dan spritual. Ia juga akan memberi pengaruh terhadap ketenteraman, keamanan,sejahtera, keharmonian dan kehidupan berkeluarga, anak isteri patuh dan mendengar cakap, tidak mendatangkan masalah. Malahan rezeki yang berkat juga berperanan terhadap masyarakat dan negara saperti yang di alami oleh Negeri Saba'. Rakyatnya rukun damai,tanahnya subur,pohon-pohonnya berbuah.

Perlu dinyatakan bahawa Allah adalah pemberi rezeki kepada semua makhluk. Manusia sesungguhnya tidak mampu melakukannya, untuk memberi makan semua ikan di laut saja kita tidak akan sanggup. Perkara ini membuktikan bahawa kemampuan dan keupayaan manusia adalah terbatas. Tugas manusia berusaha tetapi yang menentukan usaha tersebut berhasil atau gagal, mendapat rezeki atau tidak, banyak atau sedikit adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala.

Dalam Surah Al Isra ayat 70 Allah berfirman yang bererti:
" dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami berikan mereka rezeki yang baik".

Dalam Surah Hud ayat 6 Allah berfiman:
" Dan tidak ada satupun binatang yang melata dibumi ( yang tidak dapat rezeki) melainkan Allah yang memberi rezekinya"

Firman Allah Surah Saba' ayat 24 :
" Katakanlah olehmu ( wahai Muhammad) siapa yang memberi rezeki dari langit dan bumi? Katakan " Allah".

Firman Allah Surah Al Isra' ayat 31:
" Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan miskin. Kamilah yang akan memberikan rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu.

Oleh kerana yang memberi dan mengatur rezeki tersebut hanya Allah, maka sebagai orang yang beriman kita perlu membaiki hubungan kita kepadaNya di samping membaiki hubungan sesama manusia dan sesama makhluk yang lain.

Dalam halaman-halaman berikut dicatatkan beberapa amalan yang boleh mendatangkan rezeki yang luas dan berkat.

AMALAN - AMALAN MURAH REZEKI


1.Bertaqwa dan beribadat kepada Allah
a. Bertaubat dan beristighfar
b. Menunaikan solat fardhu dan mengamalkan solat sunat terutamanya Solat Hajat dan Solat
Dhoha.
c. Berpuasa
d . Bersyukur
e. Bertawawakkal
f. Membaca Al Quran, berdoa dan berzikir

3.Membuat kebajikan kepada manusia
a. Bersedekah
b. Memberi nafkah kepada ahli keluaga
c. Membayar zakat
d. Memanfaatkan harta di jalan Allah
f. Membantu orang yang kesusahan


Perkara yang akan diberikan tumpuan di sini ialah beberapa amalan yang berupa ayat-ayat Al quran, Hadith-hadith, doa-doa dan zikir-zikir yang Insya Allah apabila diamalkan akan dikurniakan rezeki yang luas halal dan berkat.

1. Wiridkan Al Fatihah 41 kali di antara Sunat Subuh dan fardhu Subuh. Adalah lebih baik diamalkan 40 hari berturut-turut. Insya Allah akan mendapat rezeki yang luas.

2. Baca Surah Al Fatihah 7 kali, Ayat Kursi 7 Kali, Surah Al Kafirun 7 Kali, Surah Al Ikhlas 7 kali,
Surah Al Falaq 7 kali dan Surah An Naas 7 kali selepas Solat Jumaat ( sebelum mengubah kedudukan. Insya Allah diampunkan segala dosa, terpelihara hingga ke Jumaat hadapan dan dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.

3. Baca Surah Al Fatihah pada setiap awal bulan Hijrah bermula hari Ahad. Dibaca Hari Ahad 70 kali, Hari Isnin 60 Kali, Hari Selasa 50 kali, Hari Rabu 40 kali, Hari Khamis 30 kali, Hari Jumaat 20 kali dan Hari Sabtu 10 kali insya Allah murah rezeki, kaya raya dan terbuka segala pintu kebaikan.

4. Baca Al Fatihah 1000 kali insyaAllah murah rezeki, mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi.

5. Baca Bismillah 300 kali ketika matahari terbit ( menghadap matahari) dan solawat 300 kali insya Allah dimurahkan rezeki dan dikurniakan kekayaan zahir dan batin.Mujarrab.

6. Baca Ayat Al Kursi 170 selepas solat atau tengah malam kemuadian baca Ya Kaafiyu Ya Ghaniyu Ya Fattahu Ya Razzak 3000 kali insya Allah dikurniakan pangkat,dibebaskan dari belenggu hutang. Mujarrab!

7. Baca Surah Aali Imran ayat 26 -27 selepas solat fardhu, solat sunat, sebelum tidur dan baguan tidur, Insya Allah akan diluaskan rezeki, diberkati, dinaikkan pangkat.

8. Baca Surah Aali Imran ayat 37 atau tulis dengan memecahkan huruf-hurufnya,kemudian di letakkan di kedai, insya Allah jadi pelaris. Sebaiknya di tulis 50 wau bersama huruf-huruf tersebut

9.Amalkan selalu akhir ayat 73- 74 atau tulis kemudian di letakkan dikedai insya Allah laris jualan, dikabulkan hajat.

10. Baca ayat di atas 100 kali selepas solat Subuh pada Hari Jumaat, nescaya dilimpahkan rezeki lahir dan batin hingga Jumaat akan datang.

11. Amalkan Surah Aali Imran ayat 173-174 insya Allah dikasihi dan diluaskan rezeki.

12. Baca Surah Al Waqiah 3 kali selepas Isya Insya dihindarkan dari papa kedana serta diluaskan rezeki.

Kembali ke halaman utama

Bersambung.......



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.




1 comment:

Unknown said...

Juga boleh baca buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.. : )
http://www.muslimchoices.com/?p=menjemput_rezeki